Saingan Liga Negara-Negara UEFA kembali

PARIS, 2 SEPT – Selepas penangguhan selama setahun Euro 2020, bola sepak antarabangsa kembali minggu ini di Eropah dengan permulaan perlawanan bagi Liga Negara-Negara UEFA, yang tertangguh berikutan dengan penularan pandemik dan kini menyaksikan pemain pertahanan Portugal Cristiano Ronaldo akan mempertahankan kejuaraannya.

“Kami gembira pasukan akan kembali di padang dan boleh beraksi semula dalam perlawanan antarabangsa sekali lagi.

“Beberapa bulan lalu ia sukar buat semua orang,” kata pengendali Jerman, Joachim Loew. Bagaimanapun, jadual padat kejohanan menuntut pemain-pemain untuk bekerja lebih keras.

Enam pusingan perlawanan Liga Negara-Negara akan berlangsung dari September hingga November, dengan empat pasukan terbaik akan mara ke pusingan akhir.

Semua perlawanan akan berlangsung secara tertutup – normal baharu bola sepak akibat pandemik COVID-19.

Pada edisi sulung tahun lalu, Portugal menewaskan Belanda 1-0 pada final. – AFP

Reaksi Cristiano Ronaldo ketika meraikan kemenangan selepas menjuarai perlawanan Liga Negara-Negara UEFA yang lalu. Liga Negara-Negara UEFA, yang tertangguh berikutan dengan penularan pandemik kini akan kembali semula minggu ini. – AFP