Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Saingan persahabatan Argentina, Brazil pada 11 Jun

    MELBOURNE, AUSTRALIA, 20 APRIL – Argentina dan Brazil akan bermain dalam perlawanan persahabatan pada 11 Jun di Australia dan pegawai dari kedua-dua pasukan berharap ada keputusan yang tepat kali ini.

    Kali terakhir pasukan berkenaan bertemu adalah dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia September yang lalu di Sao Paulo apabila perlawanan tersebut dihentikan selepas hanya beberapa minit selepas pihak berkuasa kesihatan Brazil turun ke padang semasa perlawanan sebagai sebahagian daripada usaha untuk menghantar pulang empat pemain Argentina yang dituduh melanggar peraturan kuarantin koronavirus.

    Kedua-dua pasukan telah layak ke Piala Dunia di Qatar, dan perlawanan yang ditangguhkan itu belum dijadualkan semula.

    Pada hari ini, kerajaan negeri Victoria mengesahkan Superclasico akan diadakan di Melbourne Cricket Ground (MCG), lima tahun selepas 95,000 penyokong memenuhi tempat tersebut untuk menonton perlawanan persahabatan antara pasukan bolasepak Amerika Selatan.

    “Untuk dua pasukan bola sepak paling berjaya di dunia kembali ke MCG untuk meneruskan saingan lama mereka telah mengukuhkan kedudukan kami sebagai salah sebuah bandar sukan yang hebat di dunia dan Australia sebagai ibu negara bagi mengadakan acara,” kata Menteri Sukan, Victoria Martin Pakula.

    Perlawanan Melbourne mungkin memberi peluang kepada kapten Argentina, Lionel Messi dan bintang Brazil, Neymar untuk beraksi di pra-Piala Dunia, walaupun tiada jaminan bahawa pemain tersebut akan berada dalam senarai untuk lawatan ke Australia. – AP

    Gambar fail menunjukkan Lionel Messi semasa sesi pemanasan badan sebelum perlawanan Ligue 1 antara PSG dan Marseille di stadium Parc des Princes. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...