Wednesday, April 24, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Saingan sengit Citizens, Reds mendebarkan

    MANCHESTER, UNITED KINGDOM, 11 APRIL – Manchester City dan Liverpool bermain dengan sengit yang membawa kepada seri 2-2 yang menarik dalam pertemuan puncak Liga Perdana mereka kelmarin yang menyebabkan perlumbaan mengejar gelaran juara semakin hampir.

    Gol daripada Kevin De Bruyne dan Gabriel Jesus di kedua-dua belah pasukan, serang Diogo Jota meletakkan pendahulu City 2-1 pada separuh masa tetapi Sadio Mane menyamakan kedudukan beberapa saat selepas perlawanan dimulakan semula untuk mengubah perlawanan.

    Pasukan pelawat Jurgen Klopp, yang telah mencatat kemenangan dalam 10 perlawanan dalam liga, mengancam untuk mengejar sekali lagi pada minit awal separuh masa kedua sebelum City memulihkan prestasi permainan mereka.

    Tetapi kedua-dua pasukan tidak dapat mencari pemenang, meninggalkan juara bertahan pasukan Pep Guardiola hanya satu mata di hadapan Liverpool dengan baki tujuh perlawanan.

    Guardiola berkata pasukannya tidak mempunyai margin untuk kesilapan dalam perlawanan tersebut.

    Aksi Mohamed Salah dan Joao Cancelo semasa perebutan bola dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Manchester City dan Liverpool di Stadium Etihad, Manchester. – AFP

    Klopp membandingkan perlawanan di Manchester dengan pertandingan antara dua pesaing utama.

    “Saya rasa kita boleh menyifatkan ia sebagai pertarungan tinju, kedua-dua lengan turun seketika dan awda mendapat pukulan yang hebat,” katanya. “Saya suka banyak perkara. Saya fikir kami lebih dekat berbanding sebelum ini.”

    Disifatkan sebagai salah satu perlawanan terbesar dalam sejarah Liga Perdana antara dua pasukan terbaik yang pernah dilihat oleh sukan bola sepak Inggeris di mana perlawanan di Etihad memenuhi gembar-gembur itu.

    Penjaga gol Liverpool, Alisson Becker berlari keluar dari barisannya untuk menghalang Raheem Sterling, yang diatur oleh Jesus ketika pasukan tuan rumah menyerang bersungguh-sungguh buat kali pertama.

    Tetapi pemain antarabangsa Brazil itu tidak berdaya menghalang jaringan pembukaan De Bruyne pada minit kelima selepas mendapat peluang dengan sepakan percuma.

    Pemain tengah Belgium itu melepasi Fabinho dan melepaskan rembatan yang terkena kepada pemain pertahanan, Joel Matip dan masuk melepasi tiang jauh tersebut. Seorang steward terpaksa mengeluarkan suar biru dari padang ketika penyokong tuan rumah meraikannya dan semuanya bersama City, memburu kejuaraan liga keempat dalam tempoh lima tahun. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...