Tuesday, August 9, 2022
22.7 C
Brunei

Saint-Etienne pecat Puel

-

PARIS, 6 DIS – Claude Puel menjadi jurulatih Ligue 1 pertama yang dipecat musim ini selepas pasukan tercorot Saint-Etienne mengalami kekalahan 5-0 di laman sendiri kepada Rennes semalam.

Bekas bos Monaco, Lyon dan Leicester itu menanggung prestasi buruk kerana hanya memenangi dua daripada 17 perlawanan pada musim ini, meninggalkan Saint-Etienne di belakang Metz berdasarkan perbezaan gol di bawah senarai kedudukan.

Saint-Etienne mengeluarkan satu kenyataan mengatakan Puel telah dilepaskan daripada tugasnya ke atas pasukan pertama sehingga notis lanjut. Dia akan bertemu dengan pengurusan kelab hari ini.

Ia secara sah menamatkan jawatan Puel selama dua tahun yang bertanggungjawab terhadap kelab yang dijual pada April.

Rennes menambah lagi kesengsaraan ke atas Saint-Etienne ketika Martin Terrier meledak gol hatrik dalam kerjaya pertamanya. Gol sendiri oleh Yvann Macon dan serangan akhir Lesley Ugoxhukwu melengkapkan kekalahan tersebut.

“Ia benar-benar menyakitkan,” beritahu pemain tengah Saint-Etienne Zaydoi Youssouf kepada Prime Video.

“Ia satu kecelakaan, tewas 5-0 di tempat sendiri memang tidak dapat diterima, kami tidak berhak untuk kalah seperti itu.

“Kami perlu membuktikan sebaliknya disebabkan ia tidak masuk akal.” – AFP

Reaksi jurulatih Saint-Etienne Claude Puel semasa perlawanan di antara Saint-Etienne dan Stade Rennais FC di stadium Geoffrey Guichard di tengah Perancis pada 5 Disember 2021. – AFP
- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -