Tuesday, April 23, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Saintis bangunkan ‘embrio sintetik’

    PARIS, 5 OGOS – Saintis sel tunjang berkata mereka berjaya membangunkan ‘embrio sintetik’ tanpa menggunakan sperma, telur atau persenyawaan buat pertama kalinya, tetapi prospek menggunakan teknik sedemikian untuk membiak dan membesar organ manusia untuk pemindahan masih tipis.

    Pencapaian itu dialu-alukan sebagai satu langkah besar, walaupun beberapa pakar berkata keputusan tidak mungkin dianggap embrio dan mengingatkan mengenai pertimbangan isu etika pada masa depan.

    Dalam penyelidikan yang disiarkan dalam jurnal Cell minggu ini, saintis di Institut Sains Weizmann di Israel menyifatkan sel tunjang tikus terkumpul sendiri menjadi struktur seakan-akan embrio dalam makmal.

    Penyelidikan itu berasaskan penyelidikan pada 2018 yang mempunyai kelompok sel tunjang tikus bersatu menjadi sesuatu yang menyerupai embrio – tetapi dengan sel yang jauh lebih sedikit.

    Kumpulan Weizmann pimpinan saintis Palestin, Jacob Hanna mulai mengumpul sel daripada kulit tikus, seterusnya mengubah dan mengembalikannya kepada sel tunjang secara tiruan.

    Sel tunjang itu kemudian diletakkan dalam inkubator khas, yang bertindak sebagai rahim ibu.

    Majoriti sel gagal terbentuk namun 50 daripada 10,000 sel kemudian bersatu menjadi struktur berbentuk sfera seakan-akan embrio.

    Selepas lapan hari, kira-kira satu pertiga daripada tempoh gestasi tikus, terdapatnya tanda-tanda awal otak dan denyutan jantung, kata saintis.

    Mereka disifatkan 95 peratus sama dengan embrio tikus biasa. – AFP

    Dr Jacob Hanna memegang bebuli mengandungi embrio tikus sintetik berusia lima hari yang dibiak dalam platform kultur kawalan elektronik di makmal di Rehovot, Israel pada 4 Ogos. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...