Saintis bangunkan ‘model’ embrio manusia

PARIS, 11 JUN – Ahli sains telah membangunkan ‘model’ embrio manusia menggunakan sel tunjang manusia, dalam satu kejayaan cemerlang yang mungkin memberikan pemahaman penting dalam peringkat awal perkembangan anak damit, menurut penyelidikan baharu yang keluar hari ini.

Kumpulan dari Universiti Cambridge dan Institut Hubrecht di Belanda berkata model mereka akan membenarkan mereka mengawasi proses yang belum dilihat sebelumnya tentang pembentukan tubuh badan manusia.

Susun atur manusia, dikenali sebagai model badan, berlaku menerusi satu proses dikenali sebagai gastrulasi, di mana tiga lapisan sel dibentuk dalam embrio yang akan menimbulkan tiga sistem utama badan’ iaitu saraf, otot skeletal dan penghadaman.

Gastrulasi dikenali sebagai ‘kotak hitam’ tempoh pembangunan manusia memandangkan sekatan perundangan menghalang ahli sains daripada menghasilkan embrio dalam makmal selepas lebih 14 hari.

Kumpulan di sebalik kajian itu, disiarkan dalam jurnal Nature, berkata model mereka menyerupai embrio berusia antara 18 dan 21 hari, kira-kira masa yang sama apabila gastrulasi berlaku. – AFP