Saintis dibebas AS, kembali ke Iran

TEHRAN, 8 JUN – Saintis Iran, Majid Taheri, kembali ke tanah air selepas dibebaskan dari penjara di Amerika Syarikat (AS) di bawah program pertukaran tahanan.

Menurut laporan agensi berita ISNA, Taheri yang ditahan selama 16 bulan di AS dibebaskan selepas Iran mengambil pendekatan sama terhadap tahanan veteran tentera laut AS, Michael White.

Ketibaan Taheri disambut oleh Timbalan Menteri Luar, Hossein Jaberi Ansari, di Lapangan Terbang Antarabangsa Imam Khomeini.

Ansari berkata beliau berharap akan ada lagi pembebasan tahanan Iran di luar negara pada masa hadapan dan kementeriannya akan berusaha sebaik mungkin. Taheri turut berterima kasih kepada Menteri Luar Iran, Mohammad Javad Zarif, kerajaan dan pihak lain yang berusaha beberapa bulan untuk pembebasannya, berikutan dituduh memintas sekatan AS terhadap perubatan.

Taheri yang bekerja di klinik di Tampa, Florida, adalah saintis kedua yang dibenarkan pulang ke Iran oleh AS dalam tempoh seminggu lalu, selepas Cyrus Asgari yang turut dibenarkan pulang. Beliau sebelum ini dituduh melanggar sekatan AS dengan menghantar barangan teknikal ke Iran dan pada Disember lalu. – AFP