Saintis guna dron lindungi penyu

BRISBANE, AUSTRALIA, 10 JUN – Para penyelidik Australia mendedahkan mereka telah menganggarkan kurang bilangan penyu di tapak sarang penyu terbesar di dunia selepas beralih kepada teknologi dron buat pertama kalinya.

Raine Island, di luar pinggir utara Australia telah menempatkan sekitar 60,000 penyu hijau betina yang migrasi ratusan kilometer dari Terumbu Sawar Besar untuk bertelur setiap tahun.

Saintis-saintis berusaha untuk melindungi spesies terancam yang sudah lama bergelut mencari cara terbaik untuk mengesan penyu yang bersarang, namun mendedahkan dalam akhbar yang disiarkan dalam jurnal PLOS One minggu lalu yang penggunaan dron baharu tersebut menunjukkan mereka telah menganggarkan kurang bilangannya dengan lebih daripada 50 peratus.

Rakaman dron yang mengagumkan itu disiarkan oleh Yayasan Terumbu Sawar Besar kelmarin menunjukkan ribuan penyu berenang di lautan biru kristal.

Penyelidik sebelumnya menghitung penyu ketika ia mendarat di pantai untuk bertelur – dengan kira-kira 23,000 dihitung dalam satu malam sahaja – dan menandakan haiwan itu dengan cat larut tidak bertoksik untuk memudahkan penjejakan haiwan itu semasa di lautan.

“Mencuba untuk menghitung dengan tepat penyu yang ditandai dan tidak ditandai dari sebuah bot kecil ketika laut bergelora adalah sukar,” kata ketua pengarang jurnal itu, Andrew Dunstan.

“Menggunakan dron lebih mudah, selamat, tepat dan data diperolehi serta-merta dan kekal disimpan.”

Kerja mereka, sebagai sebahagian daripada Projek Pemulihan Pulau Raine, juga termasuk membina semula pantai-pantai sarang kai terpencil dan membina pagar bagi mencegah kematian penyu. – AFP

Gambar yang diambil dari dron menunjukkan penyu hijau berenang di Pulau Raine, Cairns. – AFP