Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Saintis: Jangan sembur pelitup muka dengan pensanitasi

    CANBERRA, 24 FEB – Menyembur pelitup muka dengan gel pensanitasi tangan akan mengurangkan keberkesanannya, menurut saintis Australia.

    Dalam pertama kajian dunia disiarkan hari ini, sekumpulan pasukan dari Organisasi Saintifik dan Penyelidikan Industri Komanwel (CSIRO) mendedahkan bahawa menyemburkan atau mengelap pelitup muka N95 dan P2 menggunakan pensanitasi berasaskan alkohol ‘berisiko mendegradasi serius’ keupayaannya untuk memberi perlindungan daripada bahaya virus bawaan udara.

    Ketua kajian, Jurg Schutz mengatakan penemuan itu akan membantu memaklumkan orang ramai bagaimana caranya menjaga pelitup muka pakai buang.

    “Pelitup muka pakai buang akan terus menjadi sebahagian kehidupan kita memandangkan ia adalah bentuk pertahanan terhadap COVID-19, variannya dan sebarang patogen pada masa akan datang, namun kita mendengar berita mengenai orang cuba memanjangkan kegunaan pelitup muka ini dengan membersihkannya,” katanya dalam satu kenyataan media.

    “Kita akan mula memikirkan segala jenis produk yang orang ramai akan gunakan semasa pandemik ini, seperti pensanitasi tangan berasaskan alkohol dan pembersih serta menyedari bahawa ia boleh membawa impak ke atas bahan elektrostatik pelitup muka,” katanya.

    Dia menekankan bahawa pelitup muka ini bergantung ke atas cas elektrostatik yang akan menarik partikel dan memerangkapnya seperti sarang labah-labah. “Kita juga tahu cas-cas ini boleh musnah akibat wap pekat alkohol,” tambahnya.

    Penyelidikan itu disiarkan ketika pihak berkuasa dan sebahagian besar negara di dunia mempertimbangkan persiapan melonggarkan peraturan pelitup muka. -Xinhua

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...