Saintis kesan lubang gelap besar

BEIJING, 28 NOV – Ahli astronomi telah menemui lubang gelap di Bima Sakti yang sangat besar yang mencabar model-model yang ada tentang bagaimana bintang-bintang berevolusi, kata penyelidik hari ini.

LB-1 jauhnya 15,000 tahun cahaya dari Bumi dan mempunyai saiz 70 kali lebih besar daripada matahari, menurut jurnal Nature.

Bima Sakti dianggarkan mengandungi 100 juta bintang lubang gelap namun LB-1 adalah dua kali ganda lebih besar daripada segala-galanya yang saintis anggap boleh jadi, kata Liu Jifeng, seorang profesor dari Balai Cerap Astronomi Kebangsaan China yang mengetuai penyelidikan itu. – AFP