Monday, March 27, 2023
25.5 C
Brunei

-

Saintis kesan potensi jana oksigen, bahan api di bulan

BEIJING, 6 MEI – Saintis-saintis material China telah mendapati tanah di bulan mungkin berpotensi dapat menghasilkan oksigen dan bahan api, satu penemuan yang dapat merangsang kemungkinan penggunaan sumber bulan bagi meneruskan penjelajahan manusia di bulan atau sebaliknya.

Para penyelidik di Universiti Nanjing menunjukkan sampel bulan yang dibawa pulang oleh pesawat Chang’e-5 China mengandungi kompaun aktif yang boleh mengubah karbon dioksida menjadi oksigen dan bahan api.

Pada awalnya, mereka berharap dapat mereka satu sistem yang boleh mengambil manfaat daripada tanah bulan dan radiasi solar, dua sumber paling banyak terdapat di bulan, menurut satu kajian yang disiarkan hari ini dalam jurnal Joule.

Selepas menganalisis tanah bulan, pasukan itu menemui sampel mengandungi bahan yang kaya dengan titanium dan besi, yang boleh menjadi pemangkin untuk membuat oksigen menggunakan cahaya matahari dan karbon dioksida.

Pasukan itu mencadangkan satu strategi menggunakan tanah bulan untuk mengelektrolisis air daripada bulan dan sistem sokongan nyawa angkasawan menjadi oksigen dan hidrogen. Proses tersebut menggunakan kuasa matahari. – Xinhua

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Menteri luar NZ luah kerisauan terhadap china

BEIJING, 26 MAC - Menteri Luar New Zealand, Nanaia Mahuta telah menyatakan kebimbangan kepada China mengenai sebarang peruntukan bantuan mematikan untuk menyokong Rusia dalam...
- Advertisment -