Amber Heard, bekas isteri aktor Johnny Depp menjadi tumpuan dunia baru-baru ini selepas diselubungi kontroversi kes saman fitnah bernilai RM65 juta. Namun tahukah awda pelakon Aquaman itu sebenarnya memiliki bentuk wajah yang hampir sempurna?
Ramai mungkin mencemuh Heard atas perbuatan dilakukannya sepanjang sebumbung dengan Depp yang didedahkan semasa perbicaraan di mahkamah baru-baru ini.
Namun dari aspek kejelitaan, aktres itu memiliki rupa paras yang paling cantik dan sempurna mengikut piawaian saintifik. Ini bukan cakap kosong, tetapi disahkan menerusi formula khas yang dibangunkan oleh saintis iaitu Golden Ratio.
Golden Ratio digunakan Yunani purba, menggunakan nisbah 1.618 merujuk kepada formula perkadaran yang telah dikatakan untuk mengenal pasti wajah yang paling sempurna secara matematik.
Pakar bedah kosmetik Britain, Dr Julian De Silva berkongsi rasionalnya dan mengisytiharkan skor wajah Heard 91.85 peratus hampir sempurna selepas dinilai dengan menggunakan teknologi pemetaan muka digital.
Golden Ratio secara alternatif ditandakan dengan huruf Yunani phi, boleh diperhatikan dalam semua reka bentuk. Semakin dekat perkadaran mana-mana objek yang diberikan kepada phi, maka ia dikira hampir dengan kesempurnaan.
De Silva menganalisis 12 titik pada muka Heard menggunakan gambar aktres itu ketika acara permaidani merah tahun 2016. Mata, hidung, bibir, dagu dan keseluruhan kepala meraih skor hampir 92 peratus.
Selain itu, De Silva turut menyenaraikan bintang realiti, Kim Kardashian mempunyai kening paling sempurna.- Agensi
