Saintis temui rahsia kekuatan kumbang

PARIS, 22 OKT – Kelihatan seolah-olah ia dibentuk dalam api dahsyat, kumbang mempunyai reputasi kerana mampu bertahan akibat tikaman ataupun digilis oleh kereta.

Kini saintis telah menemui meka-nisme dalam rangka luarnya yang membantu serangga itu bertahan kekuatan sehingga 39,000 kali lebih daripada berat badan serangga itu sendiri. Penemuan itu mungkin mempunyai kesan kepada bidang kejuruteraan dan robotik, menurut pakar, malah mencabar kedudukan lipas sebagai model serangga yang tidak boleh dimusnahkan.

Kumbang, yang tidak mempunyai keupayaan terbang untuk melepaskan diri daripada pemangsanya, telah membangunkan sayap depan rangka luar yang mampu bertahan daripada dihancurkan – digelar elytra – sebagai perlindungan, menurut kajian baharu yang disiar dalam jurnal Nature. Kumbang itu, kira-kira dua sentimeter panjang, adalah serangga yang habitatnya di pantai barat Amerika Utara.

“Selain berpura-pura mati, kumbang mempunyai daya ketahanan luar biasa daripada dihancurkan dan serangan daripada pemangsa, malah dilanggar kereta,” kata kajian. Mereka menyimpulkan struktur yang kukuh namun fleksibel itu membolehkan kumbang bersembunyi di bawah batu atau dalam ruang sempit dalam kulit pokok untuk perlindungan, menanggung berat tambahan tanpa merosakkan organ dalamannya.

Penyelidik kemudian menggunakan cetakan 3D untuk menyiasat sama ada struktur geometrik ini boleh digunakan sebagai pengikat mekanikal untuk menggabung bahan berlainan – seperti plastik dan besi – sama seperti yang diperlukan dalam turbin dalam industri aeroangkasa lepas. – AFP

Gambar yang dikeluarkan oleh Universiti California menunjukkan kumbang yang boleh bertahan daripada dihancurkan oleh kuasa hampir 40,000 kali lebih daripada berat badannya. – AP