Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Saiz kontinjen M’sia ke Birmingham bakal diketahui

    KUALA LUMPUR, 7 JUN – Jumlah sebenar anggota kontinjen Malaysia ke Sukan Komanwel Birmingham 2022 bermula 28 Julai hingga 8 Ogos ini, akan diketahui pada minggu hadapan dengan kira-kira 130 atlet Malaysia bakal beraksi di temasya berkenaan.

    Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata perkara tersebut akan diputuskan selepas mesyuarat Jawatankuasa Pemilihan pada 14 Jun ini, diikuti bengkel bersama pengurus pasukan dua hari kemudian.

    “Kita menerima kuota sebanyak 92 atlet, kita harus membuat keputusan dan memilih sukan-sukan yang kita mahu hantar. Kita juga mempunyai beberapa atlet yang layak melalui kejohanan kelayakan,” katanya selepas mesyuarat lembaga eksekutif MOM di Wisma OCM, hari ini.

    Antara sukan yang telah melayakkan diri menerusi kejohanan kelayakan adalah ragbi yang merangkumi 13 atlet, ping pong (8), angkat berat (7) serta sembilan atlet para, selain dua slot tambahan untuk atlet terjun negara iaitu Jellson Jabillin dan Nur Dhabitah Sabri.

    Kontinjen Malaysia kali ini sedikit berkurangan berbanding purata 170 atlet sebelum ini, memandangkan tuan rumah mengurangkan jumlah acara dipertandingkan termasuk mengetepikan acara menembak dan memanah. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...