Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Sakkari mara ke separuh akhir WTA

    FORT WORTH, AMERIKA SYARIKAT, 3 NOV – Pemain ranking kelima dunia, Maria Sakkari mara ke peringkat separuh akhir WTA kali kedua berturut-turut kelmarin sementara pemain tenis Tunisia, Ons Jabeur berjaya meraih kemenangan.

    Sakkari memastikan tempatnya di peringkat separuh akhir di Fort Worth, Texas, selepas mengalahkan pemain ranking ketujuh dunia, Aryna Sabalenka dari Belarus 6-2, 6-4.

    Kemenangan kedua Sakkari dalam peringkat pusingan robin telah meletakkannya di depan kumpulan Nancy Richey dengan berbaki satu perlawanan.

    Sakkari layak berada di kedudukan teratas dalam kumpulan itu jika dia berjaya mengalahkan Jabeur dalam pusingan pertama perlawanan akhir.

    “Rasanya sungguh menakjubkan, saya berikan diri saya peluang untuk bermain pusingan seterusnya dengan lebih tenang,” katanya.

    Reaksi Maria Sakkari selepas menang dalam perlawanan ketika menentang Aryna Sabalenka di Fort Worth, Texas, kelmarin. – AP

    “Semestinya saya mahu menang. Saya masih mahu kekalkan rekod tanpa kalah. Ia akan menjadi perlawanan yang sangat sukar, tetapi ia satu perasaan yang bagus apabila segala usaha saya akhirnya membuahkan hasil,” tambahnya.

    Jabeur yang tewas kepada Sabalenka baru-baru ini, berjaya bangkit semula dengan kemenangan 1-6, 6-3, 6-3 ke atas Jessica Pegula dari Amerika Syarikat.

    Sabalenka akan bertemu Jabeur pada separuh akhir jika dia berjaya menewaskan Pegula dalam peringkat kumpulan.

    Pegula gagal mengekalkan momentum kemenangan set pertama apabila kalah kepada Jabeur, yang cemerlang di set kedua dan ketiga.

    “Selepas set pertama, dia bermain dengan bagus dan pantas sekali,” kata Jabeur.

    “Hantaran bolanya begitu sukar, sangat rendah. Saya tahu dia suka bermain seperti ini. Saya hanya perlu mencari rentak dan memperbaiki permainan saya.”

    Dalam pada itu, Pegula terkejut selepas mendapat tahu dia belum lagi tersingkir. “Saya masih layak?” tanya Pegula semasa sidang media selepas tamat perlawanan. “Baguslah, entah bagaimana, saya masih hidup (dalam perlawanan).” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...