Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Saksi: Bekas CEO 1MDB tak layan minta dokumen pelaburan

    KUALA LUMPUR, 25 OGOS – Seorang saksi memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Berhad (1MDB) tidak pernah melayan permintaan daripada Menteri Kewangan Diperbadankan (MKD) untuk mendapatkan dokumen berhubung pelaburan usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI).

    Bekas Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Kewangan, Datuk Siti Zauyah Mohd Desa, 63, berkata tindakan Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi itu seolah-olah tidak menghormatinya.

    Saksi pendakwaan ke-26 itu berkata beliau pernah mengadu perkara itu kepada Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (KSP) ketika itu, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah, bagaimanapun, tiada apa-apa tindakan daripada mereka.

    Beliau berkata demikian ketika disoal balas peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang mewakili Datuk Seri Najib Tun Razak, pada perbicaraan kes bekas perdana menteri itu berhubung penyelewengan dana RM2.3 bilion daripada 1MDB.

    Saksi juga bersetuju dengan cadangan peguam bahawa Shahrol Azral sepatutnya melayan permintaannya itu.

    Perbicaraan hari ini dihentikan lebih awal apabila Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memberitahu mahkamah bahawa beliau mengalami sakit gastrik. Najib, 69, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion daripada dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

    Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 5 Sept ini.

    Najib yang kini menjalani hukuman penjara 12 tahun kerana kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd, meninggalkan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada jam 4:20 petang dengan menaiki kenderaan utiliti sukan (SUV) serta diiringi beberapa kenderaan polis.

    Esok, Najib akan hadir ke mahkamah sekali lagi untuk perbicaraan kesnya dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda Kandasamy membabitkan pertuduhan meminda laporan audit 1MDB di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan. – Bernama

    Kenderaan utiliti sukan (SUV) diiringi pihak polis dan Jabatan Penjara yang membawa bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, bagi sambungan perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapinya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...