Sunday, February 9, 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Saksi mendakwa G-Dragon ambil dadah

    Kes penyalahgunaan dadah melibatkan G-Dragon nampak masih belum berakhir apabila seorang individu mendakwa penyanyi itu mengambil barang terlarang itu.

    Memetik dari mStar, menurut laporan polis, individu tersebut mengesyaki G-Dragon atau Kwon Ji Yong, 35, mengambil barang terlarang ketika hadir di sebuah pusat hiburan pada Disember tahun lalu.

    “Awal Disember tahun lalu, G-Dragon datang ke tempat tersebut, sekeping kertas pembalut yang meragukan ditemui dalam tandas.

    “Tingkah lakunya juga berbeza selepas dia keluar dari tandas,” jelas individu tersebut.

    Individu yang bekerja di pusat hiburan berkenaan juga dikatakan mendapatkan bekalan bahan terlarang daripada seorang doktor untuk diberikan kepada selebriti yang hadir ke premis tersebut.

    G-Dragon sebelum ini hadir di Balai Polis Nonhyeon, Korea Selatan bagi menjalani siasatan selepas didakwa atas kesalahan mengambil dadah.

    Siasatan berlangsung dalam tempoh empat jam dan selepas keluar dari balai polis, G-Dragon dengan gembira memberitahu keputusan ujian air kencing adalah negatif.

    Pihak pengurusannya juga bertegas akan mengambil tindakan saman terhadap laporan yang dibuat pada 26 Oktober lalu menuduh G-Dragon terlibat dengan dadah. – Agensi

    Ujian pertama terhadap G-Dragon mendapati dia negatif dadah. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda