Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Saksikan kebangkitan Harimau Malaya di Kota Singa

    SEPANG, 22 MAC – Selepas mengalami kekecewaan tersingkir seawal pusingan peringkat kumpulan di Piala AFF 2020 di Singapura hujung tahun lepas, skuad Harimau Malaya hari ini bertekad untuk mempamerkan kebangkitan di Kota Singa itu.

    Penyerang kebangsaan Malaysia, Muhammad Safawi Rasid berkata latihan berintensiti tinggi yang diterapkan barisan kejurulatihan baharu diketuai Kim Pan Gon, dilihat mampu membantu beliau dan rakan sepasukan mempamerkan aksi yang lebih mantap menentang Filipina dan Singapura minggu ini.

    Pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, turut mengakui bahawa keharmonian dan persefahaman dalam pasukan kebangsaan kini lebih baik terutamanya menjelang persediaan aksi persahabatan di Singapura dan Kelayakan Piala Asia 2023 pada Jun ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.

    “Latihan seminggu ini memang lasak dan mungkin satu pengenalan untuk kami bersama barisan kejurulatihan yang baharu…tetapi dalam masa sama, kita belajar daripada taktikal juga. Sudah tentu saya mahu berikan yang terbaik dan tunjukkan kepada penyokong peningkatan dan perubahan dalam skuad Harimau Malaya.

    “Setiap jurulatih akan melihat keupayaan dan kehebatan pemain pada sesi latihan. Jadi, latihan berintensiti tinggi untuk kami sememang bagus untuk meningkatkan lagi keupayaan masing-masing,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sebelum berlepas ke Singapura bersama pasukan. – Bernama

    Skuad Harimau Malaya berada di Balai Pelepasan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur untuk berlepas ke Singapura bagi menyertai siri persahabatan Tiga Negara FAS 2022 kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...