Tuesday, August 9, 2022
26.8 C
Brunei

Saksikan siaran langsung Maulud Nabi

-

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 OKT – Negara Brunei Darussalam akan meraikan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW pada 12 Rabiulawal, 1443H bersamaan 19 Oktober ini.

Sehubungan itu, Kementerian Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Kementerian Pendidikan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan serta sokongan Radio Televisyen Brunei (RTB), Jabatan Perdana Menteri (JPM) akan menyiarkan Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW Peringkat Negara Tahun 1443 Hijrah di semua saluran televisyen melalui saluran RTB Perdana, RTB Aneka dan RTB Sukmaindera dan juga di radio di Nasional FM, Harmoni FM dan Nur Islam FM serta RTBGO pada 19 Oktober mulai 12:30 tengah hari.

Antara pengisian sambutan yang membawa tema ‘Rasulullah Kekasih Allah, Kekasihku Dunia Akhirat’ itu termasuk acara persembahan bacaan Al-Quran, Dikir Marhaban, selawat, puisi serta tazkirah khas.

- Advertisment -

DISYORKAN UNTUK ANDA

Ershun lahirkan panda kembar

CHONGQING, 8 OGOS – Seekor panda gergasi bernama Ershun telah melahirkan anak kembar 22 Julai lalu di sebuah zoo di barat daya China, Perbandaran...
- Advertisment -