Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Salah akui kontrak Liverpool isu sensitif

    LONDON, 10 APRIL – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah mengakui perbincangan kontraknya bersama kelab Liverpool adalah ‘situasi yang sensitif.’

    Salah masih ada baki 16 bulan dalam kontrak sedia ada dan bintang Mesir itu dilaporkan meminta perjanjian yang akan menjadikannya penerima gaji paling tinggi di Liga Perdana Inggeris (EPL).

    Menjelang pertemuan penting dengan pendahulu EPL, Manchester City, Salah merumuskan bahawa ia adalah isu yang sensitif untuk mereka yang mengetahuinya namun menegaskan ia tidak akan mengganggu usaha Liverpool mengejar gelaran.

    Skuad kendalian Jurgen Klopp kini satu mata di belakang City berbaki lapan perlawanan.

    Salah hanya meledak satu gol dalam tujuh perlawanan terakhirnya namun menjaringkan 28 gol dalam semua kejohanan buat Liverpool musim ini.

    “Banyak perkara yang orang tidak tahu mengenainya.

    Saya tidak boleh mementingkan diri dan bercakap mengenai situasi saya kerana kami berada dalam situasi penting buat pasukan,” kata Salah kepada Sky Sports News.

    “Sudah banyak kali saya katakan apa yang saya mahu tetapi saya tidak boleh terlalu menceritakan mengenai kontrak kerana ia adalah situasi sensitif.

    “Saya tidak boleh pergi ke akhbar sekarang dan bercakap mengenai kontrak, saya hanya fokus kepada pasukan.

    “Itu adalah perkara paling penting buat saya, menjadi fokus untuk menang trofi dan saya hanya memberikan yang terbaik buat kelab.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...