Salah atau tidak jika berada dalam kecemasan

Sebagai langkah untuk membendung penularan wabak di negara ini, pihak kerajaan telah melaksanakan perintah Operasi Pulih yang diadakan setiap malam bermula 8 malam hingga 4 pagi yang memastikan orang ramai berada di rumah masing-masing.

Namun, di sini saya mempunyai persoalan, jika berlaku sebarang kecemasan seperti kemalangan jalan raya atau kereta rosak secara tiba-tiba, adakah pihak penarik kereta diberi kebenaran untuk melakukan penarikan? Memandangkan jika sesiapa yang didapati melanggar perintah akan didenda sebanyak $500.

Dan bagaimana pula jika ketika kecemasan itu kita memerlukan seseorang dari ahli keluarga untuk membantu? Adakah juga terkandung untuk membayar denda?

Ingin tahu