Sunday, April 14, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Salah bantu Liverpool menang

    LIVERPOOL, 22 OKT – Liverpool kelmarin terus menguasai perlawanan menentang pesaing tempatan, Everton, tetapi nasib baik memihak mereka apabila dua gol Mohamed Salah memastikan kemenangan 2-0 di Anfield.

    Malah jurulatih Liverpool, Jurgen Klopp sendiri mengakui bahawa dia memahami kekecewaan Everton terhadap kekurangan konsistensi pengadil, Craig Pawson.

    Ashley Young dilayangkan kad merah sebelum separuh masa selepas menerima dua kad kuning, manakala Ibrahima Konate terlepas kad kuning kedua pada separuh masa kedua ketika kedudukan masih seri tanpa jaringan.

    Liverpool bertungkus-lumus memanfaatkan kelebihan pemain mereka, tetapi akhirnya berjaya mengatasi kebuntuan 15 minit sebelum masa tamat apabila Salah menjaringkan gol dari petak penalti selepas Michael Keane menyentuh bola dengan tangan.

    Salah kemudian dibantu oleh Darwin Nunez untuk memastikan kemenangan pada minit ketujuh dalam masa kecederaan.

    “Saya boleh bayangkan kekecewaan Everton dan Sean (Dyche) pada masa ini,” kata Klopp mengenai Konate yang tidak dilayangkan kad merah 25 minit sebelum masa tamat. – AFP

    Penjaga gol Everton, Jordan Pickford gagal menyelamatkan cubaan Salah semasa perlawanan di Anfield, Liverpool, England, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Banjir terburuk landa di Kazakhstan

    POKROVKA, 12 APRIL - Salji dan ais yang mencair dengan pantas telah menyebablan sungai-sungai di utara Kazakhstan dan sempadan di Rusia mencatatkan paras yang,...