Salah bantu Liverpool tundukkan Atletico Madrid

MADRID, 20 OKT – Mohamed Salah meneruskan aksi luar biasa kelmarin dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 3-2 menentang Atletico Madrid ketika Liverpool menguasai Kumpulan B Liga Juara-Juara.

Salah membantu Liverpool untuk mendahului pasukan lawan dengan satu lagi gol yang hebat di Wanda Metropolitano setelah menewaskan tiga pemain pertahanan Atletico dan membuat percubaan membolosi gawang menjadikannya sembilan perlawanan berturut-turut yang telah dijaringkan oleh pemain Mesir itu.

Perlawanan sengit di Madrid yang menyaksikan kedua-dua pasukan tidak gentar untuk menyerang. Naby Keita menggandakan kelebihan Liverpool hanya untuk Atletico menyerang dua kali sebelum separuh masa, Antoine Griezmann memimpin pasukannya untuk kembali bangkit dan membuat Liverpool yang kelihatan hilang arah buat sementara waktu.

Namun, Griezmann telah diberikan kad merah pada minit ke-52 atas kesalahannya terhadap Roberto Firmino. kekasaran daripada Mario Hermoso terhadap Diogo Jota telah memberikan sepakan penalti kepada Salah dan memberikan peluang kemenangan untuk Liverpool.

Klopp sebelum ini telah mengkritik gaya permainan Atletico ketika mereka bertembung tahun lalu.

Aksi pemain depan Liverpool, Mohamed Salah melepaskan tendangan dan menjaringkan gol dalam sepakan penalti dalam perlawanan Liga Juara-Juara menentang Atletico Madrid di stadium Wanda Metropolitano kelmarin. – AFP

Salah menjadi penjaring gol terbanyak Liverpool dalam Liga Juara-Juara dengan 31 gol dalam 48 perlawanan, menewaskan rekod Steven Gerrard, 30.

Walaupun hanya bermain 10 orang, Atletico menyangka mereka mungkin akan memperoleh keputusan seri ketika Luis Suarez bersiap sedia untuk melakukan sepakan penalti terhadap bekas kelabnya dengan sentuhan pertamanya.

Sebaliknya, pengadil Daniel Sieber menyebabkan kemarahan terhadap pasukan tuan rumah apabila dia membatalkan keputusannya berikutan dari ulasan VAR.

Liverpool mara ke hadapan dengan lima mata di tangga teratas kumpulan, dengan Atletico bertanding dengan Porto untuk tempat kedua. Mereka masing-masing mempunyai empat mata. – AFP