Friday, March 24, 2023
28 C
Brunei

-

Salah bantu Mesir raih kemenangan

JOHANNESBURG, 7 JUN – Bintang pemain Liverpool, Mohamed Salah meninggalkan kelabnya dan mengetuai pasukan Mesir untuk beraksi dalam perlawanan kelayakan Piala Negara-Negara Afrika 2023 dan menewaskan Guinea di Kaherah, baru-baru ini, menurut kenyataan jurulatih kebangsaan, Ehab Galal.

“Salah mengalami kecederaan tetapi masih bermain untuk pasukannya,” kata Galal, berikutan dengan kemunculan sulungnya selepas Carlos Queiroz berhenti kerana tidak bersetuju dengan syarat-syarat yang disertakan dalam kontrak baharu berkenaan.

Semasa sidang media, Galal memberitahu bahawa Salah menolak permohonan Liverpool untuk mendapatkan pemeriksaan atas kecederaannya itu, tetapi perkara tersebut akan dilakukan serta-merta.

Sementara itu, Mesir bakal menentang Ethiopia pada Khamis ini di bandar Malawi, Lilongwe kerana dikatakan bahawa pencabar mereka itu tidak memiliki stadium bertaraf antarabangsa.

Pemain Afrika Terbaik Tahun sebanyak dua kali, Salah, dengan rekod juara tujuh kali dalam kejohanan Piala Negara-Negara Afrika pada tahun ini, telah mengalami dua kekecewaan terbesar.

Mereka ditundukkan oleh Senegal dalam perlawanan final Piala Negara-Negara tersebut dengan gol penalti pada Februari lalu dan kekalahan seterusnya kepada pasukan yang sama iaitu dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Korea S, Jepun tingkat kerjasama

TOKYO, 23 MAC - Jepun dan Korea Selatan hampir serentak menarik tuntutan eksport mereka terhadap satu sama lain sebagai tanda terbaharu hubungan yang bertambah...
- Advertisment -