Saturday, October 1, 2022
34.4 C
Brunei

Salah beri inpirasi untuk Mesir ke separuh Akhir

-

YAOUNDE, 31 JAN – Mohamed Salah memberi inspirasi kepada Mesir untuk layak ke separuh akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) kelmarin apabila juara rekod tujuh kali itu bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Maghribi 2-1 dalam masa tambahan di Yaounde.

Penalti awal Sofiane Boufal meletakkan Maghribi di hadapan dalam perlawanan lapan terakhir tetapi Salah menyamakan kedudukan untuk Mesir pada awal separuh masa kedua dan kemudian memberikan kemenangan untuk Mahmoud Trezeguet, 10 minit semasa masa tambahan.

Mesir akan berdepan dengan pasukan tuan rumah, Cameroon di perlawanan separuh akhir di Stadium Olembe di Yaounde pada Khamis.

“Sekarang adalah masanya untuk menumpukan kepada Cameroon dan kami akan bermula dari sana tetapi pemain telah memberikan segala-galanya hari ini dalam setiap perlawanan dan berharap berterusan sehingga kami menang,” kata Salah selepas menerima anugerah pemain terbaik perlawanan.

“Jaringan gol kami itu adalah untuk membuat rakyat Mesir gembira.”
Maghribi mendahului 3-2 dengan satu perlawanan seri menuju perlawanan ketujuh di antara pasukan besar Afrika Utara di kejuaraan Afrika.

Jurulatih Vahid Halilhodzic dari Maghribi dan Carlos Queiroz dari Mesir masing-masing melakukan dua pertukaran selepas kemenangan 16 terakhir ke atas Malawi dan Ivory Coast.

Aymen Barkok telah diletakkan di sebelah kanan dengan pemain tengah Maghribi untuk menggantikan Imran Louza dan pemain penyerang, Munir el Haddadi menggantikan Ayoub el Kaabi yang tercedera.

Penjaga gol, Mohamed Elshenawy gagal untuk pulih daripada kecederaan semasa menentang pasukan Ivory dan Mohamed Abou Gabal mengambil alih tempatnya. – AFP

Aksi Mohamed Salah dicabar oleh Adam Masina semasa perlawanan suku akhir AFCON antara Mesir dan Maghribi di stadium Ahmadou Ahidjo di Yaounde, 30 Januari. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -