Wednesday, April 24, 2024
25.2 C
Brunei

    -

    Salah catat hatrik terpantas, benam Rangers

    GLASGOW, 13 OKT – Mohamed Salah diturunkan dari bangku simpanan lalu menjaringkan hatrik terpantas dalam sejarah Liga Juara-Juara ketika Liverpool membelasah Rangers 7-1 awal pagi tadi.

    Ia sekali gus menyaksikan The Reds selangkah menuju kelompok 16 terakhir kejohanan tersebut. Roberto Firmino turut berjaya meledak dua gol, sementara Darwin Nunez dan Harvey Elliott turut melakar nama selaku penjaring dan meningkatkan semangat pasukan bimbingan Jurgen Klopp ketika mereka semakin hampir layak ke pusingan kalah mati.

    Liverpool sebelum itu ketinggalan satu gol selepas Scott Arfield meletakkan kelab gergasi Glasgow di hadapan.

    Tetapi kepulangan Rangers di pentas Liga Juara-Juara buat kali pertama dalam tempoh 12 tahun tidak berjalan seperti yang diharapkan ketika mereka masih gagal memungut sebarang mata, bolos 16 gol dalam empat perlawanan.

    Dua jaringan Firmino pada kedua-dua babak telah mengubah perlawanan sebelum pemain Brazil itu membantu Nunez untuk menambah jaringan.

    Reaksi Mohamed Salah meraikan gol bersama rakan sepasukan semasa pertemuan Liverpool menentang Rangers di Liga Juara-Juara, awal pagi kelmarin. – AFP

    Klopp meletakkan Salah dan Thiago Alcantara di bangku simpanan bagi persediaan perlawanan pada hujung minggu ini menentang Manchester City di Liga Perdana Inggeris.

    Tetapi kedua-dua pemain dibawa masuk ketika perlawanan berbaki 22 minit dan Salah tidak menunggu lama untuk memecah benteng Rangers.

    Jaringan hatrik daripada pemain kelahiran Mesir itu dicatat dalam masa enam minit dan 12 saat sekali gus menewaskan rekod yang dipegang oleh Bafetimbi Gomis di Lyon semasa kemenangan 7-1 ke atas Dinamo Zagreb pada 2011.

    Elliott kemudian menambah derita Rangers, yang beberapa bulan lalu berjaya mara ke pe-ringkat akhir Piala Europa.

    Pertemuan di Amsterdam akan menjadi penentu buat Liverpool untuk mara ke ke-lompok 16 terakhir apabila mereka bertemu Ajax, dua minggu akan datang.

    Namun Napoli kekal berada di puncak Kumpulan A selepas menang 4-2 ke atas Ajax dan mengesahkan tempat di peringkat kalah mati. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...