LIVERPOOL, 2 JAN – Mohamed Salah menjaringkan dua gol ketika Liverpool melebarkan rekod buruk Newcastle dengan kemenangan 4-2 di Anfield untuk mendahului tiga mata di puncak Liga Perdana kelmarin.
Pasukan Jurgen Klopp sepatutnya mampu mencatatkan kemenangan lebih besar apabila Martin Dubravka menyelamatkan sepakan penalti Salah pada separuh masa pertama.
Tetapi Salah berjaya menebus penalti tersebut selepas dia, Curtis Jones dan Cody Gakpo menjaringkan gol pada separuh masa kedua, sekali gus memberikan kekalahan ketujuh Newcastle dalam lapan perlawanan.
Liverpool berada lima mata di hadapan saingan kejuaraan Manchester City dan Arsenal ketika rehat musim sejuk Liga Perdana Inggeris, dengan Aston Villa juga memberi cabaran yang tidak dijangka berada di tempat kedua.
Newcastle, sebaliknya, kekal di tangga kesembilan dengan 11 mata di belakang empat pasukan teratas.

The Magpies mempunyai rekod kedua terburuk di tempat lawan dalam Liga Perdana musim ini dengan hanya lima mata daripada 10 perlawanan.
“Kami kehilangan ramai pemain dan kami telah menghadapi banyak perlawanan yang sukar dalam bulan Disember yang sibuk,” Kata Eddie Howe.
Newcastle menyamakan kedudukan hanya lima minit selepas ketinggalan.
Alexander Isak mengatur masa lariannya dengan sempurna untuk menyambut bola hantaran Anthony Gordon dan penyerang Sweden itu dengan yakin melepasi Alisson Becker.
Manakala Botman turut menjaringkan satu gol untuk mengurangkan defisit. – AFP