Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Salah hadiahkan gol kemenangan untuk Mesir

    GAROUA, CAMEROON, 16 JAN – Mohamed Salah berjaya menjaringkan gol untuk Mesir kelmarin sekali gus memberikan kemenangan 1-0 untuk juara Afrika tujuh kali itu untuk menundukkan Guinea-Bissau di Garoua.

    Jaringan Salah dicipta pada minit ke-69 dan membolehkan kempen pasukannya di Cameroon berjalan lancar selepas mereka tewas 1-0 kepada Nigeria dalam perlawanan pembukaan kumpulan D.

    Bagaimanapun, Guinea-Bissau merasa tidak puas hati selepas gol menarik Mama Balde pada minit ke-82 telah dibatalkan susulan semakan VAR.

    Mesir, yang menyaksikan percubaan mereka terkena tianga sebanyak tiga kali, merasa berhak mendapatkan kemenangan dalam perlawanan seimbang dan pasukan Carloz Queiroz sekarang perlu mencatat sekurang-kuranganya seri perlawanan terakhir kumpulan menentang negara jiran, Sudan di Yaounde pada hari Rabu untuk menjamin tempat ke pusingan kelompok 16 terakhir.

    “Ia adalah satu perlawanan yang sukar dan kami bernasib baik dengan insiden kekasaran,” Salah mengakui kepada penyiar di akhir perlawanan.

    “Kami perlu menang dalam perlawanan selanjutnya untuk memastikan kami layak dan kami akan melakukan yang terbaik untuk mara sejauh mungkin dalam kejuaraan ini.”

    Salah, yang belum menjaringkan gol dalam enam kemunculan sebelumnya untuk Mesir pada musim ini, telah menjaringkan gol hanya dalam tempoh 84 saat di awal perlawanan. – AFP

    Aksi Mohamed Salah berebut bola dengan pemain tengah Guinea-Bissau Moreto Cassama semasa perlawanan Kumpulan D Piala Negara-Negara Afrika 2021 antara Guinea-Bissau dan Mesir di Stade Roumde Adjia di Garoua, 15 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...