Saturday, April 20, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Salah janji tebus kekalahan negara

    JOHANNESBURG, 24 MAC – Kapten pasukan Mesir, Mohamed Salah berazam untuk membalas dendam atas kekalahan negaranya ketika aksi final Piala Negara-Negara Afrika di tangan rakan sepasukannya, Sadio Mane.

    Mane yang mewakili Senegal akan berentap menentang Mesir bagi aksi playoff Piala Dunia 2022.

    Kegagalan di pentas pertandingan benua itu amat pahit buat Salah, lebih-lebih lagi dia turut berada dalam skuad yang tewas di tangan Cameroon pada pentas akhir edisi 2017.

    Mane menjadi tonggak buat Senegal yang menjulang gelaran raja Afrika buat julung kalinya – menebus kegagalan menyempurnakan penalti dalam masa sebenar apabila menyudahkan sepakan itu untuk memenangi sepakan penalti penentuan.

    Mesir akan menjadi tuan rumah bagi aksi playoff pertama, Jumaat ini dan Senegal akan memiliki kelebihan tuan rumah pada Selasa.

    Reaksi Mohamed Salah meraikan jaringan gol kedua pasukannya semasa perlawanan Liga Perdana Inggeris di antara Brighton dan Liverpool di stadium Amex di Brighton, England baru-baru ini. – AP

    Pemenang akan mengisi satu daripada lima slot yang diperuntukkan untuk Zon Afrika pada pusingan akhir di Qatar.

    Jurulatih Senegal, Aliou Cisse menegaskan kejayaan di Piala Negara-Negara Afrika sudah menjadi sejarah, justeru fokus perlu diletakkan untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia buat kali kedua berturut- turut.

    “Kemenangan di Piala Negara-Negara Afrika itu belum berakhir kerana misi kami adalah untuk beraksi di Piala Dunia pula,” kata Cisse.

    Senegal memiliki kekuatan untuk meraih kejayaan dengan kehadiran penjaga gol Chelsea, Edouard Mendy; pertahanan Napoli, Kalidou Koulibaly; pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Idrissa Gueye dan Mane sendiri.

    Mesir pula kembali mendapatkan khidmat penjaga gol, Mohamed el Shenawy yang terlepas aksi final susulan kecederaan namun mereka tampil sebagai pasukan bukan pilihan.

    Media Mesir melaporkan Salah memaklumkan kepada rakan sepasukannya selepas tewas di final Piala Negara-Negara Afrika bahawa ‘kami akan bertemu mereka (Senegal) bulan depan dan Insya Allah kami akan membalas dendam.’ – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...