Wednesday, April 23, 2025
24.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah julang The Reds

    LIVERPOOL, 25 Okt – Mohamed Salah meneruskan rentak jaringan dengan mengumpulkan jaringannya kepada 50 gol ketika juara Eropah lima kali itu menewaskan Red Star Belgrade 4-0 di Anfield.

    Pemain dari Mesir itu menamatkan kemarau jaringan dalam empat perlawanan dengan jaringan di Huddersfield pada Sabtu lalu dan menjaringkan dua gol untuk membuka jaringannya dalam Liga Juara-Juara musim ini selepas Roberto Firmino membuka jaringan.

    Sadio Mane menambah gol keempat Liverpool sejurus selepas terlepas sepakan penalti ketika pasukan kendalian Jurgen Klopp itu kembali bangkit dari kekalahan kepada Napoli dalam perlawanan Liga Juara-Juara mereka lalu untuk mendahului satu mata di depan pasukan Itali itu di tangga teratas Kumpulan C.

    Liverpool sekarang mendahului dua mata dari Paris Saint-Germain yang memerlukan jaringan penyamaan masa kecederaan untuk seri 2-2 menentang Napoli yang diadakan di ibu negara Perancis.

    Dalam perbandingan jelas terhadap persaingan musim lalu, perlawanan akhir Liga Juara-Juara, Liverpool bergelut untuk menjaringkan gol sejak beberapa minggu dengan kestabilan defensif yang mengekalkan mereka mengungguli bersama Liga Perdana.

    Klopp mengekalkan sistem 4-3-3 dengan mengerakkan Salah sebagai tumpuan utama dari 4-2-3-1 dan keputusannya untuk menyerahkan Xherdan Shaqiri aksi awal berbaloi ketika pemain dari Switzerland itu menambah kreativiti yang diperlukan di bahagian midfield.

    Selepas permulaan yang perlahan dari tuan rumah, Shaqiri mengawal permainan dengan mendapatkan kembali kedudukan dan memastikan Andy Robertson bebas di sudut kiri.

    Kapten pasukan Scotland itu membuat hantaran lintang kepada Firmino, yang meluru ke kiri sebelum meledakkan jaringan di atas gawang.

    Kedudukan ofsaid Salah berjaya diselamatkan selepas terlepas persaingan satu dengan satu bersama Borjan selepas hantaran dari Mane. – AFP

    Aksi Salah ketika melakukan sepakan penalti untuk menjaringkan gol ketiga pasukannya menentang Red Star di Stadium Anfield di Liverpool, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda