Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Salah, Kerr menangi anugerah PFA

    LONDON, 10 JUN – Penyerang Liverpool, Mohamed Salah dan penyerang dari pasukan wanita Chelsea, Sam Kerr, masing-masing telah menerima dua anugerah selepas dinamakan sebagai pemain terbaik tahunan oleh Persatuan Bola sepak Profesional England (PFA) dan kedua-duanya juga memenangi anugerah daripada penulis sukan.

    Salah meraih undian tertinggi mengatasi Kevin De Bruyne, pemain yang memenangi anugerah tersebut sekali lagi menjadi pemain utama Manchester City yang menjulang piala Liga Perdana mendahului Liverpool dengan hanya satu mata.

    Salah memenangi anugerah pemain terbaik tahunan PFA buat kali kedua, sebelumnya telah memenangi anugerah tersebut pada tahun 2018, selepas Liverpool berjaya memenangi dua kejuaraan iaitu Piala Liga dan Piala FA. Selain itu, mereka berjaya mara ke pusingan akhir Liga Juara-Juara tetapi tewas di tangan Real Madrid.

    Salah juga merangkul gelaran sebagai penjaring terbanyak di Liga Perdana bersama dengan Son Heung-min dengan 23 gol.

    “Memenangi trofi merupakan satu penghormatan, sama ada secara individu atau berpasukan,” kata Salah.

    Pemain berusia 29 tahun itu, yang disahkan akan menamatkan kontraknya bersama Liverpool pada musim hadapan dan masih belum mengumumkan perancangan masa hadapannya di Anfield selepas 2023. – AFP

    Gambar fail menunjukkan reaksi Mohamed Salah selepas perlawanan final Liga Juara-juara antara Liverpool dan Real Madrid, 28 Mei 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...