Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Salah, Mesir mara ke final AFCON

    YAOUNDE, 4 FEB – Mesir bimbingan Mohamed Salah mara ke final Piala Negara-Negara Afrika (AFCON) selepas menewaskan pasukan tuan rumah, Cameroon 3-1 menerusi sepakan penalti pada penghujung 120 minit tanpa jaringan di Yaounde kelmarin.

    Penjaga gol, Mohamed Abou Gabal adalah wira Mesir, menyelamatkan kedua-dua percubaan dari Harold Moukoudi dan James Lea-Siliki dalam penentuan sepakan penalti di stadium Olembe sebelum Clinton Njie meledakkan peluang terakhir Cameroon untuk mengekalkan impian mereka.

    Salah, biasanya penerima sepakan penalti kelima untuk negaranya, tidak diperlukan ketika Mesir mara ke perlawanan terakhir menentang Senegal di Stadium Olembe pada hari Ahad. Ia akan menyaksikan Salah menentang rakan sepasukannya di Liverpool, Sadio Mane, dengan Mesir mengejar mahkota Afrika kelapan yang telah melebarkan rekod sementara Senegal meneruskan pencarian untuk gelaran pertama mereka.

    “Kami amat berbangga dengan pencapaian kami hari ini tetapi ada satu langkah lagi untuk dilalui,” kata penolong jurulatih Mesir, Diaa al-Sayed, bercakap selepas jurulatih, Carlos Queiroz dibuang padang semasa perlawanan.

    Cameroon melihat harapan mereka untuk kemenangan AFCON di tanah air berakhir dengan cara yang kejam dan mereka masih perlu melalui perlawanan playoff bagi menentukan tempat ketiga menentang Burkina Faso hujung minggu ini.

    “Kami sedih dan begitu juga 27 juta orang Cameroon, tetapi itulah bola sepak,” kata jurulatih, Toni Conceicao.

    Hanya 10 hari berlalu sejak bencana di stadium itu, apabila lapan orang terbunuh dan 38 cedera sebelum kemenangan 16 terakhir Cameroon menentang Comoros. – AFP

    Aksi Mohamed Salah sewaktu mengawal bola dalam perlawanan antara Mesir dan Cameroon kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...