Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Salah pimpin skuad Mesir di Piala Negara Afrika

    KAHERAH, 30 DIS – Bintang Liverpool, Mohamed Salah yang juga penjaring terbanyak sepanjang zaman pemain Afrika di Liga Perdana, akan memperkukuhkan skuad Mesir untuk saingan Piala Negara Afrika.

    Meskipun tarikh rasmi pelepasan pemain menyertai skuad kebangsaan adalah pada 27 Disember, penganjur kejohanan mengubah tarikh akhir sehingga 3 Januari. Ia sekali gus membolehkan Salah beraksi bersama Liverpool untuk aksi pernting Liga Perdana bertemu Chelsea, Isnin ini.

    Bagaimanapun, pemain tengah, Mohamed Magdy yang baru memenangi Piala Super Afrika bersama kelab Cairo, Al Ahly dan pemain sayap, Mostafa Fathi tidak dipilih oleh jurulatih Carlos Queiroz untuk kejohanan di Cameroon yang bermula 9 Januari sehingga 6 Februari depan. – AFP

    Aksi Mohamed Salah (kiri) berebut bola dengan Wilfred Ndidi dalam perlawanan Liverpool menentang Leicester City di Stadium King Power di Leicester, England pada 28 Disember. Mohamed Salah akan memperkuatkan skuad Mesir untuk saingan Piala Negara Afrika. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...