Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Salah seorang kembar siam meninggal dunia

    RIYADH, 17 MEI – Salah seorang daripada dua kembar siam dari Yaman telah meninggal dunia selepas pembedahan yang ‘rumit’ selama 15 jam untuk memisahkan mereka, demikian menurut laporan media Saudi semalam.

    Pasangan kembar lelaki berusia 19 bulan, Yussef dan Yassin, ‘bercantum di beberapa organ,’ dan kira-kira 24 orang doktor terbabit dalam pembedahan itu, kata Agensi Media Saudi (SPA).

    Pagi semalam, SPA mengalu-alukan prosedur tersebut sebagai satu kejayaan, namun laporan susulan pada malam kelmarin mendedahkan salah seorang kembar telah meninggal dunia ‘akibat penurunan mendadak dalam pengaliran darah dan kegagalan jantung, meskipun rawatan perubatan terbaik diberikan kepadanya.’

    Doktor ‘menghadapi kesukaran dan cabaran besar semasa proses pemisahan, yang menyebabkan keadaan si mati amat kritikal selepas pembedahan,’ menurut laporan, menambah kembar seorang yang masih hidup berada dalam keadaan stabil.

    Laporan tidak menyatakan kembar yang mana satu hidup dan yang mana satu meninggal dunia. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...