‘Salah’ sertai SArsenal

LONDON, 23 OGOS – Arsenal melengkapkan perpindahan bintang berbakat Feyenoord, Salah-Eddine secara percuma.

Dan peminat Gunners segera melawak bahawa bintang Liverpool, Mohamed Salah perlu berhati-hati dengan pemain berusia 17 tahun yang memiliki nama sama dengannya itu.

Salah-Eddine juga dikenali sebagai ‘Salah’, akan menyertai barisan skuad remaja dan bersaing bagi mendapatkan tempat bersama skuad bawah 23 tahun Arsenal.

Sentiasa bermain di bahagian tengah, pemain Belanda itu menghabiskan karier remaja bersama Feyenoord.

Katanya: “Sesuatu yang hebat menyertai kelab besar seperti Arsenal. – Agensi