Wednesday, May 14, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Salah terus mengaum

    LONDON, 31 Dis – Mohamed Salah menjaringkan dua gol di mana Liverpool terpaksa kembali dari ketinggalan sekali gus mengekalkan peluang untuk menempah slot Liga Juara-Juara dengan kemenangan 2-1 ke atas Leicester semalam.

    Jamie Vardy membantu Leicester berada di depan tetapi Liverpool yang baru sahaja menandatangani Virgil van Dijk yang bernilai AS$100 juta yang menonton di tempat duduk, berjuang untuk mendapatkan mata penuh.

    Salah sekali lagi menjadi perancang utama untuk pasukan kendalian Jurgen Klopp beroleh jaringan ke-17 untuk musim ini.

    Liverpool yang kekal menghuni tangga keempat, memiliki kelebihan empat mata mengatasi Tottenham.

    Polisi pertukaran penjaga gol yang dilakukan Klopp menyaksikan Loris Karius tersenarai dalam kesebelasan utama menggantikan Simon Mignolet yang mengisi bangku simpanan dan selepas tiga minit gawang Liverpool dibolosi.

    Mohamed Salah berpuas hati selepas menjaringkan gol keduanya dalam perlawanan yang berlangsung di Anfield semalam. – AP

    Pemain sayap Algeria berjaya melepasi Andrew Robertson dan hantaran leret tepat ke arah Vardy dan berjaya menerjah gawang di depan pertahanan Liverpool, Matip.

    Ia merupakan gol ke-10 musim ini buat Vardy dalam semua pertandingan di mana dia berjaya menjaringkan gol ketika menentang kelab enam teratas dalam perlawanan sebelum ini menentang Arsenal, Chelsea, Tottenham dan kedua-dua kelab dari Manchester.

    Liverpool secara berterusan mencipta peluang merbahaya di mana Joe Gomez dan Roberto Firmino hampir menerjah gawang sebelum separuh masa pertama tamat.

    Pemain sayap Mesir, Salah kemudiannya menerima hantaran baik Sadio Mane dan mengatasi penjaga gol Kasper Schmeichel untuk jaringan ke-22 miliknya musim ini selepas berpindah dari Roma.

    Jaringan itu masih belum cukup buat Salah dan dia menggunakan peluang terbaik buat Liverpool pada minit ke-76. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda