Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Salah tulis teks? WhatsApp benarkan pengguna sunting mesej

    LONDON, 23 MEI – WhatsApp membenarkan pengguna menyunting teks, sehingga 15 minit selepas mereka menghantar mesej.

    Aplikasi sembang popular tersebut mengumumkan dalam catatan blog kelmarin bahawa pengguna boleh membetulkan ejaan yang salah, menambah lebih banyak butiran atau sebaliknya menukar perkara yang telah mereka hantar kepada rakan, keluarga dan rakan sekerja.

    Keupayaan untuk menyunting mesej telah mula dilancarkan kepada orang ramai di seluruh dunia dan akan tersedia kepada semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang, menurut syarikat yang dimiliki oleh induk Facebook, Meta.

    Untuk membetulkan teks, tekan dan tahan mesej yang dihantar dan pilih ‘edit’.
    Selepas perubahan dibuat, ia kemudiannya akan memaparkan perkataan ‘edited’, tetapi mereka yang menerima mesej tersebut tidak akan dapat melihat sejarah penyuntingan, kata WhatsApp. – AP

    Aplikasi komunikasi WhatsApp dilihat pada telefon pintar, di New York, pada 10 Mac 2017. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...