Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Salah wira kemenangan Mesir

    DOUALA, 27 JAN – Mohamed Salah menjaringkan gol penalti penentuan ketika Mesir menewaskan Ivory Coast dalam perlawanan hari ini untuk mara ke suku akhir Piala Negara-Negara Afrika (AFCON), sementara penganjur kejuaraan mengalami kesukaran kerana terpaksa memindahkan lokasi perlawanan dari Douala ke ibu kota Cameroon, Yaounde.

    Pemain bintang Liverpool itu menjaringkan gol kemenangan selepas satu-satunya pemain Ivory Coast, Eric Bailly tersasar dalam sepakan penentuan di Douala, yang dimenangi oleh Mesir 5-4 selepas berakhirnya perlawanan kelompok 16 berakhir tanpa jaringan pada penghujung masa tambahan.

    Mesir, memegang rekod juara benua tujuh kali, akan menentang pasukan Maghribi dalam pusingan suku akhir di Yaounde pada Ahad nanti.

    Pasukan Carlos Queiroz telah mara ke suku akhir walaupun hanya menjaringkan dua kali dalam empat perlawanan mereka di Cameroon setakat ini.

    “Kadang-kadang sepakan penalti adalah seperti loteri dan ia memang benar, tetapi hari ini saya fikir pasukan terbaik di atas padang diberikan kesempatan dengan sepakan penalti pada akhirnya. Hari ini adalah hari kami,” kata Queiroz.

    Ini adalah perlawanan AFCON mereka yang ke-11 dan Mesir hanya tewas sekali sahaja kepada The Elephants. Di antara kejayaan mereka menentang Ivory Coast adalah kemenangan menerusi sepakan penalti semasa pusingan akhir pada tahun 2006.

    “Saya tidak boleh benar-benar mencela para pemain. Ia bukan seolah-olah mereka terlepas setiap sepakan penalti. Ia hanya diputuskan dengan sedikit perincian,” kata jurulatih Ivory Coast, Patrice Beaumelle.

    Barisan pasukan suku akhir telah disempurnakan oleh Equatorial Guinea, yang telah mengejutkan Mali 6-5 dalam sepakan penalti selepas seri 0-0 di penghujung perlawanan di Limbe. – AFP

    Reaksi Mohamed Salah meraikan bersama-sama pasukannya selepas menjaringkan gol penalti dalam perlawanan kelompok 16 terakhir Piala Negara-Negara Afrika di antara Ivory Coast dan Mesir di Stadium Japoma, 26 Januari. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...