Tuesday, April 22, 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    ‘Salam Sejahtera, Terima Kasih’ ke persada antarabangsa

    KUANTAN, 22 Okt – Penggunaan ungkapan ‘Salam Sejahtera’ dan ‘Terima Kasih’ akan lebih kerap berkumandang pada persidangan antarabangsa dalam usaha memperkasakan Bahasa Melayu.

    Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah berkata perkara itu adalah sebahagian daripada usaha kementeriannya memartabatkan bahasa kebangsaan dalam cara sesuai tanpa melibatkan sebarang implikasi kewangan.

    Beliau menambah, walaupun Bahasa Melayu bukan bahasa diplomasi antarabangsa, namun penggunaannya boleh diselitkan mengikut kesesuaian oleh wakil deligasi negara termasuk duta Malaysia di negara luar.

    “Saya juga memberanikan diri untuk memulakan ucapan dengan salam sejahtera dan mengucapkan terima kasih semasa berucap pada Perhimpunan Mengenang Mandela pada Persidangan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) baharu-baharu ini.

    “Mudah-mudahan ini akan membuka peluang kepada negara lain untuk mengenal bahasa kebangsaan Malaysia seperti mana penggunaan ‘sawadikap’ oleh masyarakat Thailand yang popular dan diketahui ramai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pemerkasaan Profesionalisme Guru-guru Bahasa Melayu Daerah Kuantan di Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di sini, hari ini.

    Beliau menambah pihaknya akan mula memberikan buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sebagai cenderahati rasmi daripada wakil Malaysia kepada tetamu atau perwakilan asing bermula tahun hadapan sebagai tanda memperkenalkan Bahasa Melayu. – Bernama

    Datuk Saifuddin Abdullah (tengah) tertarik dengan pakaian tradisional yang dipakai oleh pelajar luar negara ketika hadir majlis Ramah Mesra Bersama Warga UMP di Dewan Astaka UMP Gambang, kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda