Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    Salamiah Hassan luah rindu di pusara suami

    Rindu yang paling sakit ialah rindu pada mereka yang sudah tiada.

    Selepas 10 hari pemergian suami tersayang, Salamiah Hassan, penyanyi yang terkenal dengan lagu Menghitung Hari, meluahkan perasaan rindu kepada arwah suaminya, Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry.

    Melalui hantaran di laman Instagram IG Story, Salamiah memuat naik dua keping gambar di pusara suaminya, Allahyarham Gerald Hughes atau Gerry yang menghembuskan nafas terakhir akibat kanser kolon di Tasmania, Australia pada 4 November lalu.

    Salamiah yang berusia 71 tahun juga sempat menulis ringkas yang beliau amat merindui suaminya sambil berkongsi gambar pusara Gerry yang diletakkan kuntuman bunga di atasnya. Pasangan ini hanya sempat hidup bersama selama dua bulan sebelum Gerry meninggal dunia kira-kira dua minggu yang lalu.

    Atilia Haron turut memuat naik beberapa keping gambar beliau bersama ibunya di Burnie, Tasmania. Atilia tiba di Burnie untuk menemani ibunya. Selain memuat naik gambar sama dengan Salamiah di pusara, Atilia juga mengungkapkan kasih sayangnya terhadap arwah.

    Selain itu, Atilia ada memuat naik video pemandangan indah kediaman di tepi laut. Tujuan Atilia ke Burnie, Tasmania ialah untuk menemani dan menenangkan ibunya. Kelihatan Salamiah sudah mampu tersenyum dan tenang melayan keletah anak kesayangannya itu.

    Untuk info, Salamiah menamatkan zaman solo selepas 35 tahun hidup sendiri apabila memilih arwah Gerry yang berasal dari Liverpool dan menetap di Tasmania sebagai suami.

    Gerry merupakan duda dengan tiga orang anak.

    Pasangan ini sebenarnya sudah 15 tahun saling mengenali. Arwah Gerry melamar Salamiah Julai lalu. Mereka mendirikan rumah tangga pada pada 1 September dalam satu majlis sederhana di Burnie. – Agensi

    Salamiah rindukan arwah suaminya. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mula mengundi dalam pilihan raya terbesar dunia

    NEW DELHI, 19 APRIL - Berjuta-juta orang India mula mengundi pada hari ini dalam pilihan raya enam minggu yang merupakan referendum ke atas Narendra...