BERGAMO, ITALI, 3 MEI – Salernitana mengekalkan usaha berani mereka untuk bertahan di Serie A kelmarin selepas mencatat keputusan seri 1-1 di Atalanta, menarik mereka lebih dekat kepada kedudukan yang lebih selamat.
Mario Pasalic menyamakan kedudukan pada minit ke-88, menafikan Salernitana kemenangan keempat berturut-turut selepas Ederson mendahului pasukan lawan sejurus sebelum setengah jam namun keputusan seri menyebabkan mereka berada dalam jarak dua mata di belakang Cagliari, yang berada di luar zon penyingkiran.
Pasukan Davide Nicola akan menerima kunjungan Cagliari Ahad ini selepas bermain bersama pasukan terbawah Venezia Khamis lalu.
“Saya benar-benar gembira dengan pemain–pemain saya, mereka terus mengejutkan saya dengan usaha yang mereka lakukan,” kata Nicola kepada DAZN.
Peminat yang berpusu-pusu di gelanggang lawan memberi sokongan kepada pasukan di luar padang selepas perjalanan jauh mereka ke utara Itali dibalas dengan persembahan yang memuaskan.
Penjaga gol Atalanta, Juna Musso melakukan yang terbaik untuk menghalang percubaan Emil Bohinen dan Lassana Coulibaly pada awal separuh masa kedua tetapi Salernitana kelihatan gusar di akhir minit perlawanan disebabkan serangan berterusan dari pasukan tuan rumah.
Atalanta menunjukkan mengapa mereka hanya menang empat kali di laman sendiri sepanjang musim dan diselamatkan daripada kekalahan memalukan oleh gol Croat Pasalic.
Skuad Gian Piero Gasperini itu menduduki tempat kelapan dan sedang bergelut untuk mendapatkan tempat di Eropah musim hadapan. – AFP