Salinan asli Perlembagaan AS dibeli AS$43 juta

NEW YORK, 19 NOV – Manuskrip salinan asal Perlembagaan Amerika Syarikat (AS) dijual pada harga AS$43 juta kelmarin – sekali gus memecah rekod dunia bagi dokumen bersejarah semasa acara lelong.

Penganjur acara lelong Sotheby’s berkata barangan tersebut adalah salah satu daripada 13 salinan yang masing ada, ditandatangani pada 17 September 1787 di Independence Hall, Philadelphia oleh pengasas AS termasuk George Washington, Benjamin Franklin dan James Madison. Pemenang bidaan tersebut tidak segara diumumkan.

Sekumpulan pelabur mata wang kripto mengumpulkan AS$40 juta untuk cuba membeli dokumen tersebut namun gagal, menurut konsortium.

Menurut jurucakap Sotheby’s, penjualan, bernilai AS$43.2 juta termasuk komisen, telah memecahkan rekod dunia bagi dokumen bersejarah yang ditawarkan semasa acara lelong. – AFP