Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Salji luar biasa selubungi Tokyo, batal penerbangan

    TOKYO, 6 JAN – Salji menyelubungi Tokyo hari ini selama beberapa jam sehingga memaksa pembatalan lebih 100 penerbangan domestik manakala agensi kaji cuaca mengeluarkan amaran salji lebat.

    Penduduk memegang payung dan menyorong basikal mereka ketika salji tebal menyelubungi jalan-jalan dengan Agensi Meteorologi Jepun (JMA) mengatakan 10cm salji akan turun dalam tempoh 12 jam.

    JMA mengeluarkan amaran salji tebal di kawasan Tokyo buat pertama kali sejak 2018, memberi amaran kemungkinan akan berlakunya gangguan lalu lintas.

    Salji itu menyebabkan pembatalan 66 penerbangan yang berlepas dan 53 yang bakal tiba di lapangan terbang Haneda, kata pegawai lapangan terbang kepada AFP, tetapi tidak ada penerbangan antarabangsa telah dibatalkan. – AFP

    Pejalan kaki melintasi basikal dilitupi salji di Tokyo pada 6 Januari. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...