‘Salleh’ bantu jana pendapatan lumayan
PASIR PUTEH – Kehebatan ‘Salleh’ memetik kira-kira 200 hingga 300 biji kelapa setiap hari telah banyak membantu pemilik beruk jantan itu sehingga mampu menjana pendapatan lumayan dengan penjualan santan segar. Mohd Nor Daud, 61, berkata beliau mula memelihara Salleh sejak tiga tahun lepas selepas membelinya pada harga RM200 daripada seorang rakan sebelum melatih haiwan primat itu



































