OYEM, 25 Jan – Penyerang Ivory Coast, Salomon Kalou telah mengumumkan persaraannya daripada bola sepak antarabangsa selepas juara bertahan itu tersingkir daripada Piala Negara-Negara Afrika kelmarin.
“Saya berusia 31 tahun, ini adalah penampilan Piala Negara-Negara Afrika yang keenam bagi saya. Saya sudah pernah berada di final dan memenanginya,” katanya selepas kekalahan 1-0 kepada Maghribi di Oyem yang telah menyingkirkan skuad Elephants dalam peringkat kumpulan.
“Kali ini ia tidak berjalan dengan baik. Terdapat beberapa pemain muda seperti (Franck) Kessie, (Wilfried) Zaha, saya fikir mereka adalah masa depan bola sepak Ivory dan saya ucapkan mereka selamat berjuang.”

Kalou telah memenangi pemain terbaik perlawanan tetapi ia adalah Rachid Alioui yang telah menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi skuad Maghribi yang dikendalikan oleh Herve Renard, orang yang bertanggungjawab membawa kejuaraan 2015 kepada Ivory Coast.
Bekas pemain Chelsea, Kalou, kini berada di Hertha Berlin, memenangi kap pertamanya pada tahun 2007 dan telah bermain bersama negaranya sebanyak 89 kali. – AFP