Saluran gas di Mesir meletup, tiada korban dilaporkan

EL-ARISH, MESIR, 25 DIS – Satu letupan di saluran paip gas asli utama di utara Semenanjung Sinai, Mesir menyebabkan kebakaran namun tiada korban jiwa dilaporkan, menurut pegawai.

Gabenor utara Sinai, Mohamed Abdel Fadil Shousha berkata letupan berlaku lewat kelmarin di el-Arish, terletak di wilayah ibu kota. Dalam kenyataan, dia berkata letupan tidak memberi kesan kepada pembekalan saluran paip ke kawasan perumahan di el-Arish atau zon industri di tengah Sinai.

Siasatan masih dijalankan untuk mengenal pasti punca letupan, menurut Shousha.

Walau bagaimanapun, pegawai keselamatan lain dan saksi mengatakan pihak militan meletakkan bahan letupan di saluran paip sebelum melarikan diri dari tempat kejadian. Pegawai enggan memberikan sebarang maklumat kerana mereka tidak mempunyai kuasa untuk memberi taklimat kepada media, dan saksi diminta untuk tidak mendedahkan nama mereka kerana kebimbangan dan tindakan balas dendam.

Tiada kumpulan segera mengaku bertanggungjawab ke atas letupan tersebut.

Letupan sama menyasarkan saluran paip di utara Sinai bulan lalu dan kumpulan yang mempunyai hubung kait dengan IS mengaku bertanggungjawab.

IS berkata militan meledak beberapa bahan letupan untuk merosakkan saluran paip yang membawa gas asli dari Mesir ke Israel. Kumpulan tersebut gagal memberikan bukti mengenai perkara tersebut. – AP