Saturday, April 20, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Saluran paip gas Baltik dilancar

    LONDON, 28 SEPT – Saluran paip gas asli Baltik dilancarkan secara rasmi pada satu majlis di Szczecin, Poland, kelmarin, lapor agensi Anadolu (AA).

    Pemimpin Poland, Norway dan Denmark menghadiri majlis pelancaran sistem penghantaran gas, yang diharap menamatkan kebergantungan Poland dan Eropah kepada gas Rusia.

    Menteri Petroleum dan Tenaga Norway, Terje Aasland berkata ia adalah ‘langkah penting ke arah menuju kemerdekaan Eropah daripada tenaga Rusia,’ menurut kerajaan.

    Beliau turut memuji Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki kerana memulakan projek itu beberapa tahun lalu, ‘sebelum kebanyakan pihak menyedari pentingnya Eropah berdikari daripada segi tenaga.’

    Projek itu dimulakan oleh Poland pada 2016 susulan Perang Crimea, sebelum operasi ketenteraan Rusia ke atas Ukraine pada Februari tahun ini yang mencetuskan krisis tenaga.

    Saluran paip sepanjang kira-kira 900 kilometer (559 batu) akan membekalkan gas asli dari Norway melalui Denmark dan Laut Baltik ke Poland. – Bernama

    Perdana Menteri Poland, Mateusz Morawiecki, Perdana Menteri Belanda, Mette Frederiksen dan Presiden Norway, Andrzej Duda berjabat tangan semasa perasmian saluran paip gas Baltik di Budno, Goleniow, Poland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China kecewa AS guna veto halang Palestin anggotai PBB

    BEIJING, 19 APRIL - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNSC) gagal meluluskan draf resolusi untuk menerima Palestin sebagai anggota rasmi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)...