Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    Saluran paip minyak Iraq mula operasi minggu ini

    ISTANBUL, 2 OKT – Turkiye hari ini berkata bahawa paip minyak Iraq yang berhenti beroperasi pada Mac kerana pertikaian pembayaran yang rumit melibatkan wilayah autonomi Kurdish akan menyambung semula pengepaman minyak mentah minggu ini.

    Turkiye menutup paip tersebut selepas mahkamah penimbangtaraan memerintahkan Ankara membayar kira-kira AS$1.5 bilion sebagai ganti rugi kepada Baghdad kerana mengangkut minyak dari wilayah Kurdistan tanpa kelulusan Iraq.

    Ankara membantah keputusan tersebut dan meminta ganti rugi sendiri.

    Wilayah autonomi Kurdish sebelum ini mengeksport kira-kira 450,000 tong minyak sehari sebelum penutupan paip.

    Menteri Tenaga Turkiye, Alparslan Bayraktar, memberitahu forum tenaga di Abu Dhabi bahawa pertikaian itu telah diselesaikan dan ‘kami akan mula beroperasi (paip tersebut) minggu ini’.

    Beliau tidak mendedahkan butiran perjanjian tersebut.

    Sebelum ini, Turkiye menyatakan bahawa mereka sedang melakukan kerja penyelenggaraan pada bahagian paip minyak mereka selepas gempa bumi besar pada Februari.

    Kerajaan persekutuan Iraq dan wilayah autonomi Kurdish menandatangani perjanjian minyak sementara mereka sendiri pada April.

    Perjanjian tersebut menandakan berakhirnya pengeksportan minyak bebas oleh kerajaan wilayah Kurdish di utara Iraq. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...