Saluran SD dihentikan mulai 1 Mac ini

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 FEB – Kristal Astro dijadualkan untuk menghentikan saluran definisi standard (SD) berikutan pelancaran Pakej Santai HD di mana penghentian saluran tersebut akan dilakukan secara berkumpulan bermula dari 1 Mac hingga 12 April depan.

Kumpulan pertama terdiri daripada 12 saluran SD, HBO (ch431), Cinemax (ch432), FOX Movies (ch433), CNN (ch531), BBC World News (ch532), Al Jazeera English (ch533), National Geographic Wild (ch570), National Geographic Channel (ch571), Discovery Channel (ch572), Discovery Science (ch574), History (ch575) dan Animal Planet (ch576) yang dihentikan penyiarannya bermula 1 Mac.

Kumpulan kedua terdiri daripada empat saluran SD yang akan bermula pada 15 Mac, iaitu Astro Hua Hee Dai (ch373), KBS World (ch391) dan dua saluran di bawah Emperor Pack, Astro Shuang Xing (ch347) dan Celestial Movies (ch349).

Kumpulan ketiga yang terdiri daripada AXN (ch721), FOX Life (ch723), TLC (ch727), Asian Food Network (ch729) dan Crime & Investigation Network (ch734), DMAX (ch736) dan Star Vijay (ch224) akan dihentikan siarannya pada 29 Mac. Pada 12 April, kumpulan penghentian saluran SD keempat terdiri daripada Astro Ria (ch124), Astro Warna (ch127), Astro Citra (ch128), Astro Ceria (ch631) Cartoon Network (ch635), Nickelodeon (ch636) dan WWE Network (ch841).

Sementara itu, Eurosport (ch840), Astro SuperSport (ch831), Astro SuperSport 2 (ch832), Astro SuperSport 3 (ch833) dan Astro SuperSport 4 (ch834) pula akan dihentikan mulai 30 April. Manakala Astro Xiao Tai Yang (ch344), Astro AEC (ch346), CCTV4 (ch375), Astro Prima (ch125) dan Astro Oasis (ch126) akan terus tersedia di set-top box Legacy sehingga diberitahu kelak. Penghentian saluran SD Kristal Astro sejajar dengan penghentian saluran SD Astro Malaysia.

Kristal Astro sangat menggalakkan para pelanggan untuk menaik taraf dari langganan Santai Family, Santai Plus dan Santai All-in ke Santai HD agar dapat terus menikmati saluran tersebut.

Selanjutnya, pelanggan dengan langganan definisi tinggi yang ada, Family, Sapphire, Ruby dan Jade disarankan untuk beralih ke pakej Santai HD baharu bagi mengelakkan masalah kehilangan saluran. Perubahan atau penaiktarafan pakej boleh dilakukan di cawangan-cawangan Incomm. Borang dalam talian juga boleh didapati di laman sesawang Kristal Astro.

Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut dan kemas kini terkini, ikuti Kristal Astro di akaun Instagram mereka.