Sam Allardyce raih kemenangan pertama

LONDON, 17 JAN – West Bromwich Albion mencatat kemenangan pertama di bawah pengurus baharu mereka Sam Allardyce dengan dua jaringan gol menerusi sepakan penalti yang dijaringkan oleh Matheus Pereira untuk menewaskan Wolves 3-2 semalam.

Allardyce gagal mencatat kemenangan dalam lima perlawanan pertamanya sejak menggantikan Slaven Bilic yang dipecat.

Bagaimanapun, bekas pengurus England itu akhirnya meraikan ke-jayaan itu di Molineux.

Pereira meletakkan Albion di depan melalui sepakan penalti sebelum jaringan gol oleh Fabio Silva dan Willy Boly membolehkan Wolves mendahului perlawanan sebaik separuh masa pertama berakhir.

Semi Ajayi menyamakan kedudukan sebaik aksi bermula semula dan sepakan penalti kedua Pereira mengesahkan kemenangan pertama West Brom selepas lapan perlawanan liga.

Albion kekal di tangga kedua terbawah liga selepas kemenangan liga kedua mereka musim ini namun sekarang hanya dipisahkan tiga mata untuk keluar ke zon penyingkiran. – AFP